~CoreTaN tEmaN~

Wednesday, December 29, 2010

Sayap garuda patah diterkam sang harimau malaya



Salam...
tahniah..tahniah...tahniah...
hanya tu yang mampu diucap kepade team piala aff harimau malaya...tahniah sebab kalian semua dah membuka mate2 pengkritik bolasepak tanahair dengan menjuarai piala aff buat kali pertama sejak dimulakan pada tahun 1996...yang mana malaysia pon layak gak ke final tapi tewas kepade thailand...walaupon kalah tadi kat gelora bung karno 2-1..tapi harimau malaya tetap menang dengan agregat 4-2...safee sali dapat anugerah penjaring terbanyak dengan 5 gol..tahniah2....best player lak dapat kat kapten indonesia,firman...lepas ni harap2 ramaila support liga super ye...ramai2 sikit datang stadium tu...kite bukannye cap ayam pon...sukan sea menang emas,piala aff juara...ape nak lagi..hehe...
Continue reading →

Dari Perlis ke Bukit Jalil

Salam...
Hari Sabtu ari tu sempatla g kl tengok final first leg kat Bukit Jalil...walaupon agak macam xpercaye je nak g sane..tapi semangat kenegaraan punye pasal...kugagahi jue...hehe...walaupon memang letih tapi berbaloi2...Malaysia menang 3-0 tu...xjangke pon menang sampai 3-0..ingat menang tipis ke seri ke jadila kan...ni memang bonus la menang sampai 3-0...sore pon sampai dah ilang...rasenye ni la game paling terbaik selama ni...memang 1 fenomena yang xleh lupe la...nak cite banyak2 pon rase dalam paper ngan berita dah ulas kaw2 punye kan...tapi memang letih la...drive pon hati2 je....


dari perlis pukul 12.30am...sampai ke sg buluh dalam pukul 7.30am camtu...
pukul 9.00am lak g one utama...lepak2 tengok wayang free,hehe rezeki ade orang bagi tiket free...
pukul 2.00pm lak gerak g bukit jalil...
dalam kul 4.15pm sampai bukit jalil,cari2 parking dekat sejam gak...
pastu sampai kat stadium lepak2 kat karnival,ramai dah orang...beli aksesori2 sikit..
dalam 6.30pm masuk stadium...tengok bola...sampai ilang sore...
dalam kul 10 lebih dekat kul 11.00 kluar stadium..berasak-asak...ramai gile orang...
dapat kluor dari jem pkul 1 pagi lebih...sampai ke perlis pukul 8.10am....
letih2..tapi berbaloi2....saksikan kemeriahannye di bawah.... ;p




























p/s-malam ni malam penentuan....Malaysia boleh!!!!
Continue reading →

Wednesday, December 22, 2010

status result....paling teruk dalam sejarah..haha


Salam...
hmm,nampaknye result sem ni paling teruk dalam sejarah...maleh nak gtau bape tapi paling teruk...ni la EAC punye penangan....sape yang menjadi mangse....huhuh...nampaknye kene amek kuratif sem depan...dengan subjek wajib yang tak membantu...subjek teras lagi la teruk...abis jatuh tersungkur,tersembam ke bumi pointer sem ni...haha...rakan2 pon ramai yang mengalami nasib yang same...pointer pon idop cukup2 makan je,dah sampai tengkuk dah..sikit lagi nak lemas...nasible ade pelampung kecik..boleh la idop lagi....hehe...ingat taun last ni boleh r nak naik2 pointer tu tapi lagi teruk...takpele...tu le lumrah idop..ade kale kite pandai,ade kale kurang sikit pandainye...ye tak...(ayat cover)...haha...takpele...janji lulus okla tu....

p/s - cepatle abehnye...udah xsabor nak abeh ni....
Continue reading →

Tuesday, December 21, 2010

nahas paling ngeri


ANGGOTA polis serta Bomba dan Penyelamat mencari mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran mengakibatkan 27 maut di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR dan CHINA PRESS


IPOH 20 Dis. – Percutian sekumpulan 35 pelancong warga Thailand ke pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang bertukar menjadi tragedi apabila 25 daripada mereka maut manakala 10 lagi parah dalam nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah kemalangan membabitkan bas ekspres di negara ini.

Nahas ngeri kira-kira pukul 11.50 pagi di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu turut meragut nyawa dua rakyat tempatan iaitu pemandu bas, Omar Shahidan (gambar), 48, dan Soontorn Kian, 38, pemandu pelancong berketurunan Siam.

Ketika kejadian, terdapat seramai 37 orang dalam bas tersebut. Seramai 15 yang terbunuh dalam nahas itu adalah wanita manakala selebihnya 12 orang lelaki.

Dengan angka 27 kematian itu, nahas tersebut disifatkan terburuk dalam sejarah nahas kemalangan jalan raya di negara ini.

Ia meragut paling banyak nyawa selepas kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di Kilometer 229, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Gantang, Perak, meragut 21 nyawa dan mencederakan lapan yang lain pada 13 Ogos 2007.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, seramai 22 mangsa mati di tempat kejadian, empat ketika dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

“Bas persiaran dua tingkat itu dikatakan hilang kawalan sewaktu menuruni laluan berbukit sebelum merempuh pembahagi jalan konkrit berdekatan Kampung Juang di sini.

“Bas itu kemudian terpelanting ke laluan bertentangan sebelum terbalik ke dalam longkang sedalam satu meter,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Menurut Zakaria, bas itu menuruni Cameron Highlands kira-kira pukul 11 pagi menuju ke Kuala Lumpur kerana pelancong berkenaan dikatakan akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Polis terpaksa menutup laluan kedua-dua arah selepas kemalangan tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata, bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu didaftarkan di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.

Sementara itu, pengarah urusan syarikat berkenaan, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan ketika dihubungi Bernama berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

“Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca... saya kena balik dan bincang,” katanya.

Menurut Eng Hock, syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam buah bas. Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, beliau berkata syarikat akan merancang sesuatu.

Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands dibuka kepada lalu lintas pada 2003 dan merupakan laluan alternatif ke Cameron Highlands selain jalan dari Tapah.

Jalan tersebut juga digunakan bagi mereka yang mahu pergi ke Gua Musang melalui Lojing, Kelantan.

Zakaria ketika ditanya sama ada kemalangan itu berpunca daripada kegagalan brek atau dipandu laju tidak menafikan kemungkinan tersebut dan akan menyiasat dua faktor berkenaan.

“Siasatan lanjut punca sebenar nahas akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros),” katanya.

sumber - utusan

p/s - hmm...banyak betul eksiden bas skang...jangan sampai orang takut nak naik bas

Continue reading →

Sunday, December 19, 2010

malaysia ke final

Salam...
Alhamdulillah..Malaysia dapat jugak ke final...berakhir jugak penantian 14 tahun kite...tak tau samada jumpe Indon atau Filipina...malam ni penentuan die...ape2 pon tahniah Malaysia....huhuhu...xleh jadi ni...kene cari jersi Malaysia gak ni kat padang besor...niat di hati nak ke Bukit Jalil 26 hb 12 nih..tapi tengo dulu camne...kalo cukup segale keperluan boleh la kot...hehe....





JURULATIH negara, K. Rajagobal dijulang oleh pemainnya selepas Malaysia mengesahkan tiket ke akhir dengan mengikat Vietnam 0-0 di Hanoi, semalam. Malaysia layak menerusi agregat 2-0.


HANOI – Penantian 14 tahun Malaysia untuk melangkah ke final Piala Suzuki AFF berakhir semalam apabila anak-anak buah K. Rajagobal menyingkirkan penyandang juara, Vietnam menerusi agregat 2-0 selepas perlawanan separuh akhir kedua berkesudahan 0-0.

Kejayaan ini mengulangi pencapaian terbaik negara yang kali terakhir layak ke final pada edisi sulung kejohanan 1996, di mana kita tumpas 0-1 kepada Thailand untuk muncul naib juara.

Malah, kemaraan ini meletakkan Malaysia di landasan untuk melakar sejarah menjulang piala buat kali pertama. Harapan itu tidak mustahil kerana kita telah membuktikannya dengan merangkul emas Sukan SEA dalam tempoh 20 tahun di Laos, tahun lalu.

Menanti Malaysia di final yang akan berlangsung secara timbal balik pada 26 dan 29 Disember adalah pemenang di antara Indonesia dan Filipina. Indonesia menang 1-0 pada separuh akhir pertama.

”Pujian buat semua pemain yang mempamer disiplin tinggi dan kesungguhan malam ini. Kita berhak melayakkan diri ke perlawanan akhir,’’ kata Rajagobal.

Stadium Nasional My Dinh, Hanoi menjadi saksi kesungguhan Malaysia mengekang asakan menggila tuan rumah yang berusaha mencari gol sebaik wisel permainan ditiupkan.

Skuad bimbingan Herique Calisto yang terdesak untuk mencari kemenangan selepas tewas 2-0 di Bukit Jalil mengatur asakan tanpa henti hingga tamat saingan.

Pujian selayaknya diberikan kepada skuad Harimau Malaya yang tidak tertekan dengan jeritan Vietnam! Vietnam!, sebaliknya disiplin dan kesungguhan membawa kepada kejayaan.

Tuan rumah kian tertekan selepas Pham Thanh Luoang dibuang padang pada minit ke-77 kerana membantah keputusan pengadil, Kim Sang Woo melayangkan kad kuning kepadanya selepas dia sengaja menjatuhkan diri dalam kotak penalti. – UTUSAN

sumber - Utusan

p/s - jumpe di bukit jalil...hehe

Continue reading →

Saturday, December 18, 2010

selangkah ke final


SAFIQ RAHIM (kanan) bakal menjadi pemain sandaran pada pertemuan menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi malam ini.


STADIUM My Dinh di Hanoi, Vietnam bakal menjadi saksi sama ada skuad bola sepak kebangsaan berjaya menamatkan badi separuh akhir atau terus kempunan untuk mara ke final selepas 14 tahun.

Di stadium tersebut malam ini, skuad negara akan berdepan Vietnam untuk meneruskan aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2010 setelah Malaysia menang 2-0 pada aksi pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu lalu.

Malaysia hanya pernah sekali melepasi pusingan separuh akhir iaitu pada edisi sulung 1996 dengan menewaskan Indonesia 3-1 tetapi tewas 0-1 kepada Thailand pada aksi final.

Enam edisi berikutnya, Malaysia empat kali tewas di separuh akhir kepada Thailand (2000), Indonesia (2002 & 2004) dan Singapura (2007) serta dua kali kandas di peringkat kumpulan (1998 dan 2008).

Namun menjelang pertemuan penting malam ini, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal enggan terlalu memikirkan rekod lampau sebaliknya mahu para pemain fokus mempertahankan kelebihan dua gol.

“Itu semua cerita lama. Kita tak boleh nak banding sangat kerana ia pasukan dengan jurulatih berbeza dan pemain juga berbeza.

“Apa yang lebih penting, saya mahu pemain beri fokus sepenuhnya kerana Vietnam pasti akan bertubi-tubi memburu gol. Kita tak boleh lepaskan peluang terbaik untuk ke final ini.

“Walaupun menang 2-0 di Bukit Jalil, saya tak fikir pemain akan ambil mudah aksi kedua ini. Cuma saya harap mereka tidak melakukan apa-apa kesilapan individu," katanya kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, dua pemain kebangsaan iaitu penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dan bek kiri, Asraruddin Putra Omar berjanji untuk mempertahankan kubu mereka dengan baik pada malam ini.


Rajagobal mahu para pemain negara beri fokus sepenuhnya untuk mempertahankan kelebihan dua gol yang dimiliki.


“Kami perlu berusaha lebih keras lagi. Harap barisan pertahanan dapat kekalkan aksi konsisten. Tekanan sentiasa ada tetapi ia hanya akan memberi kesukaran jika kita asyik memikirkannya” kata Khairul Fahmi, 21.

Asraruddin Putra, 22, pula menambah: "Saya belajar daripada kesilapan dan ambil iktibar daripada segala kritikan sebelum ini. Kami di barisan pertahanan akan meningkatkan kerjasama untuk memastikan gawang kita tidak dibolosi.”

Namun jurulatih Vietnam, Henrique Calisto bakal menurunkan semula pemain tengah penyerang, Nguyen Trong Hoang yang digantung satu perlawanan Rabu lalu serta dua pemain yang kembali daripada kecederaan, Doan Viet Cuong dan Phan Va.





sumber - kosmo
Continue reading →

Seni lighter










wah kreatif tol orang zaman skarang ni ye...macam2 boleh buat walaupon bende tu macam xbergune je...ini 'reverse change engineering' name die...bende dah siap,buka balek pastu jadi bende lain...tapi memang smart la die buat...nak try gak la nanti...mane tau jadi bende len lagi canggih ke kan...hehe
Continue reading →

Wednesday, December 15, 2010

Syabas Malaysia...good job...



Salam...
Tahniah buat pasukan Malaysia kerana berjaya memperoleh bekalan selesa kerana berjaya memenangi perlawanan menentang Vietnam tadi...huh..tengok kat tempat bese kat kedai ceri,bedebor2 tengok game tadi..first half 0 - 0,riso gak sebab Vietnam pon main ok gak tadi..tapi mujor la second half Malaysia dapat gol minit ke-63 dengan tandukan bola pusing Safee Sali...hehe....tanduk tak kencang sangatpon tapi keeper Vietnam tangkap tak kemas,dah dapat sebijik..huh lege...pastu minit ke-81 Safee dapat lagi sebijik akibat dari bola muntah rembatan dari Safiq Rahim..huh,bertambah lege...budak Tapah lak tu buat gol...hehe...agak cukup la bekalan nak ke Vietnam Sabtu ni nanti...harap2 dapatla pegi Final..ni nanti esok penuhla segale pujian2 kat paper tu..janganla over2 sangat nak puji tu ye...relek2 je sudah...kang yang dikejar tak dapat.yang dikendong berciciran...hehehe...tahniah lagi sekali buat pasukan Malaysia,teruskan momentum dan buktikan anda semua jaguh di Asia Tenggara...buktikan.....
Continue reading →

'Jersi kuning tak bawa tuah'



WIRA-WIRA bola sepak negara sudah bersiap sedia untuk menghadapi ancaman Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

BIARPUN turun selaku tuan rumah, Malaysia bakal menggunakan jersi kedua mereka berwarna biru untuk menghadapi Vietnam pada separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Pada dua aksi Kumpulan A sebelum ini, Malaysia menggunakan jersi kedua berwarna biru dan berjaya mengikat Thailand 0-0 dan membelasah Laos 5-1. Ketika mereka menggunakan jersi kuning pada aksi pertama menentang Indonesia, skuad negara dibelasah 5-1.

Penentuan untuk menggunakan jersi berwarna biru itu disahkan jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal pada sidang media di Stadium Nasional petang semalam.

"Kami baru saja membuat keputusan pada mesyuarat pengurus pasukan sebentar tadi (semalam) bahawa Malaysia akan menggunakan jersi biru pada perlawanan esok (hari ini)," kata Rajagobal.

Namun jurulatih Vietnam, Henrique Calisto yang turut sama dalam sidang media itu pantas mencelah dan sambil berseloroh berkata: "Kalau Malaysia pakai jersi biru, biarlah kami pakai jersi kuning."

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan malam ini, Rajagobal berkata, dia berkeyakinan tinggi bahawa barisan pemain mudanya akan memberikan satu keputusan positif selepas berakhir 90 minit permainan.

"Vietnam saya akui sebuah pasukan yang kuat walaupun jurulatih mereka beritahu tiga pemain cedera dan seorang digantung. Lagipun mereka hadir selaku juara bertahan.

"Cuma saya harap para pemain kita tidak takut dan gentar dengan reputasi pasukan lawan dan gunakan sepenuhnya kelebihan beraksi di tempat sendiri.

"Saya mahu pemain memberikan aksi terbaik sebagai balasan penyokong hadir ke stadium supaya kita dapat mencatat satu lagi kenangan manis sebelum menutup tahun 2010," ujarnya.

Bekalan gol selesa cukup penting untuk dibawa ke perlawanan kedua di Hanoi pada Sabtu ini sambil peraturan gol di tempat lawan turut digunapakai pada kejohanan kali ini.

sumber - Kosmo

p/s - sama2 kite nantikan malam ni...betul ke baju biru bawak tuah....tapi rase kuning lagi smart kot...hehe...go go go Malaysia.....

Continue reading →

Sup tulang 2400 tahun

Sebuah media negeri melaporkan bahawa ahli arkeologi China berjaya menggali keluar semangkuk sup yang dipercayai sudah berusia 2,400 tahun.

Cecair dan tulang-tulang yang terkedap di dalam bekas masakan gangsa itu digali keluar dari Kota Purba Xian - tempat terletaknya patung-patung pahlawan purba cina yang terkenal.

Ujikaji sedang dijalankan untuk mengenalpasti isi kandungannya. Sejenis cecair yang tidak berbau, dipercayai wine, juga turut ditemui.

Mangkuk-mangkuk turut ditemui di dalam sebuah keranda dan kini sedang digali untuk dibawa ke lapangan terbang berhampiran.

"Inilah kali pertama sup tulang dijumpai di dalam sejarah Arkeologi China" menurut laporan akhbar tempatan yang memetik kenyataan Liu Daiyun dari Institut Arkeologi daerah Shaanxi.

"Penemuan ini akan memainkan peranan besar di dalam membantu kajian tentang tabiat pemakanan dan budaya purba Negara China semasa zaman perang dahulu kala (475-221 SM)."

Penyelidik berkata bahawa keranda tersebut mungkin sekali telah mengebumikan jasad sama ada ahli keluarga tuan tanah, ataupun pegawai ketenteraan kelas bawahan.

Xian pernah menjadi ibu negara China selama lebih 1,100 tahun.

sumber - sini
Continue reading →

Tuesday, December 14, 2010

Tips mengatasi perut buncit


Aduh!! Perut sudah buncit. Itulah…dulu tak jaga betul2. Sekarang menyesal tak sudah. Iyalah..orang lain pakai baju apa saja pun serba kena, tapi kita pakai baju macam mana pun serba tak kena. Kecuali T-Shirt labuh atau apa saja pakaian yg bersaiz XL atau lebih teruk XXL. Kalau pakai Jeans pun tak muat! Selalu sendat di perut sehingga nampak menggelembung. Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yg tidak betul dan juga gaya hidup.Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.

Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.

Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Mengurang Pengambilan Garam

Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.

Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Makan perlahan-lahan

Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan

Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.




p/s - dah ade tande sikit2 tapi xla ketare sangat...mari kite menceganhye...yeahh...hehehe
Continue reading →

Monday, December 13, 2010

Template terbaru.....


salam...

buat pertame kali saje tuko template...tengok yang lame macam dah boring je..saje mencari kelainan...rupenye macam2 kite boleh buat kat blog ni....program C++ yang dah blajo dulu nampaknye boleh le gune balek...hehehe...lebih kurang same gak la main coding kan....ape2 pon tengkiu pade tuan khairi sebab die yang ajo sikit2....ni blom abeh edit lagi nih...masih under construction lagi...hehehe
Continue reading →

Sunday, December 12, 2010

Belum tercemar...

BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.
BAHAGIA... Mohd Fairudz bersama isterinya yang kini berusia 28 tahun.

KUALA LUMPUR: Mereka bukan saja memiliki pakej lengkap sebagai isteri termasuk wajah persis artis, malah boleh dijadikan teman hidup pada harga semurah RM14,000.

Itu bukan omong kosong, malah segelintir jejaka Malaysia beragama Islam menikmati saat manis melayari rumah tangga dengan wanita Maghribi yang dikatakan memiliki pelbagai kelebihan berbanding wanita tempatan dan negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina.

Selain sama agama dan berwajah jelita, wanita dari benua Afrika Utara itu dikatakan berkulit gebu, subur, belum ‘tercemar’ dan akan mengabadikan sepenuhnya jiwa dan raga terhadap lelaki yang menjadi suaminya.

‘Trend’ yang semakin hangat diperkatakan itu didedahkan seorang lelaki yang berpengalaman empat tahun hidup bahagia beristerikan gadis Maghribi lepasan kolej, malah sudah mempunyai seorang anak.


Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata sehingga hari ini sekurang-kurangnya lapan lelaki di negara ini mengikut jejak langkahnya dan ia menjadi kenyataan di atas khidmat secara percuma diberikannya.


“Segala-galanya bermula apabila saya meletakkan paparan tawaran e-books mengenai bagaimana untuk melancong ke Maghribi dengan kos rendah di beberapa laman web forum dan pada masa sama saya turut memberitahu bahawa saya mempunyai isteri warga negara itu.

“Daripada paparan itu, ramai bertanya bagaimana saya bertemu jodoh dengan gadis Maghribi. Lalu, saya menceritakan pengalaman saya dan berkongsi maklumat pelbagai keistimewaan gadis Maghribi dari kawasan pinggir bandar.

“Malah berdasarkan pengalaman, kos untuk mengahwini mereka tidak semahal mana kerana mata wang kita lebih besar daripada mata wang mereka, Moroccan Dirham,” katanya.

Mohd Fairudz yang mempunyai pengalaman menetap di Maghribi kira-kira dua tahun mendedahkan, gadis dari kawasan dikenali dengan nama Agadiran Saf itu sangat menitikberatkan penjagaan diri dan kecantikan.

“Mereka mengamalkan mandi hammam iaitu mandi di bilik berwap dan menggunakan minyak argan yang membantu melambatkan kedutan pada kulit.

“Mereka juga pembersih dan menjaga makan, sebab itu mereka cantik,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, gadis berkenaan juga belum ‘tercemar’ kerana tidak dipengaruhi budaya luar seperti budaya Barat.

“Tiada budaya mempunyai kekasih atau keluar ‘berdating’ kerana mereka dikawal sepenuhnya ibu bapa dan taat kepada perintah. Jika mahu menyunting mereka sebagai isteri, jumpa ibu bapa mereka.

“Tak perlu ‘dating’ kerana jika ibu bapa setuju, mereka akur. Mereka perlukan seorang lelaki sebagai suami kerana mereka bukan wanita berkarier dan dijamin memberi layanan sempurna kepada suami,” katanya.

Golongan gadis terbabit juga biasanya suka menari hanya di kalangan wanita dan mereka tiada masalah untuk menari di depan suami untuk ‘menghangatkan’ suasana.

Memandangkan mereka hidup dalam keadaan sederhana, mereka tidak akan meminta yang bukan-bukan daripada suami seperti wang yang banyak, emas atau permata.

Mohd Fairudz berkata, pengalaman dicurahkannya mendapat reaksi luar biasa dengan ramai memberi reaksi mengadu berdepan pelbagai kesukaran untuk mengahwini wanita tempatan kerana pelbagai sebab, antaranya perbelanjaan kahwin semakin mahal, sukar mencari cinta sejati dan berdepan pelbagai halangan serta kerenah sebelum berkahwin.

“Memikirkan apa salahnya berbuat perkara baik dan pada masa sama isteri saya mahu mendapatkan ramai teman sebangsa di negara ini, saya beri panduan dan menolong memperkenalkan gadis Maghribi yang membabitkan saudara mara dan rakan isteri saya.

“Ada yang ‘sangkut’ sehingga bergelar suami isteri,” katanya.

Menurut Mohd Fairudz, masalah bahasa dan makanan mungkin menjadi sedikit masalah, tetapi gadis Maghribi cepat menyesuaikan diri dan belajar.

“Sebagai contoh, isteri saya menggunakan bahasa Arab, namun selepas beberapa bulan di Malaysia dia semakin lancar berbahasa Inggeris dan semakin memahami bahasa Melayu.

“Begitu juga soal makanan, kalau dah jadi suami isteri, pandailah masing-masing menyesuaikan diri,” katanya.

Mohd Fairudz turut memberitahu, risiko isteri menimbulkan masalah selepas berkahwin juga rendah kerana mereka berada jauh daripada keluarga.

“Sebelum ini mungkin kita biasa mendengar, orang kita kahwin dengan wanita Indonesia atau Thailand.

“Kerana Malaysia dengan negara berkenaan tidak berapa jauh, timbul masalah seperti keluarga selalu datang.

“Itu belum lagi ahli keluarganya yang minta pinjam duit atau menumpang di rumah kita sebab tiada kerja sehingga menimbulkan masalah.

“Untuk gadis Maghribi, ia sukar berlaku kerana mereka tidak ada komuniti di sini dan keluarga berada jauh beribu kilometer. Susah untuk mereka buat hal, melainkan kita yang buat hal,” katanya.

sumber - harian metro

p/s-wah sape2 yang nak kawen ngan orang Maghribi ni boleh la try...kos pon murah....hihihi...

Continue reading →

'Hantu Kak Limah balek rumah'....movie terbaik taun ni.....hehe

Aku adalah kumpulan penonton yang amat menolak Zombi Kampung Pisang apabila ia mula ditayangkan pada beberapa tahun dahulu. Bila sekuelnya dikatakan diteruskan oleh Mamat Khalid, aku skeptikal. Semalam aku menonton filem ini dalam pawagam yang penuh. Aku memaafkan Mamat Khalid selepas menonton filem ini.

Yang bagusnya, walaupun filem ini meneruskan watak dan latar watak yang sama daripada filem terdahulu, kau tidak akan tersesat kerana filem ini boleh berdiri dengan sendiri, malah memberi pemaknaan baharu dan pengisian yang baik dengan filem terdahulu.

Dalam hal makna sahaja, filem ini mempunyai tanda-tanda subtle yang cukup memikat, khusus terhadap hal kenegaraan, sosial dan politik Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu. Aku tidak mahu bergerak ke arah itu kerana aku percaya, ramai pengkritik akan mengupas hal-hal itu. Aku lebih tertarik melihat filem ini sebagai filem, dan sebagai filem, ianya penuh dengan gags dan homaj yang amat menggelikan hati, turut menyoal para penonton, "Jadi, begini anda mahu terhibur?"

Persoalan itu mungkin sahaja diagak pesimis, tetapi tak. Nawaitu filem ini sememangnya untuk berhibur. Perlu ingat, Mamat sedang dalam perjalanannya memahami kultur dan keinginan penonton Melayu (dan ini menyedihkan, etnik lain masih menolak menonton filem buatan kita). Apa yang Mamat sedar (sedari Zombi Kampung Pisang lagi) bahawa genre komedi dan seram merupakan genre yang secara tidak sengajanya disukai oleh para penonton kita (aku kata tidak sedar kerana kita belum lagi berjaya membikin filem bergenre jenayah, sejarah, biografi, adaptasi yang benar-benar ikonik). Maka itulah yang Mamat berikan dalam filem ini.

Ada beberapa sisi yang aku suka dengan kritikan sosial Mamat, khusus kepada budaya penontonan dan cara karya kita dihidangkan kepada massa. Kita tonton secara sedar drama di TV tentang "zombi" yang amat memualkan. Ini diperkaitkan dengan pemahaman TV sebagai "dumb box". Kita juga mendengar Hussein menyatakan "Tak tengok Akademi Fantasia ke Kak Limah?" kepada "Kak Limah". Secara menarik, Mamat menyatakan bagaimana pengisian kandungan TV kita telah "memperlekehkan" intelektual masyarakat, dan secara "menyindir" dibikin oleh orang kita juga! Hal pasif masyarakat "yang menerima sahaja" apa yang keluar dari "dumb box" itu terpampang dalam komuniti mereka, apabila mereka senang "terpengaruh" dengan satu atau dua tokoh yang menyerlah. Di sinilah kita dapat teliti bagaimana Mamat menunjukkan satu-satu massa kampung "mengikut kata" tanpa membuat telahan atau takulan dahulu berkenaan satu-satu hal (paling nyata di sini, hal Kak Limah), malah lebih senang terpedaya dengan "cerita-cerita" (ini kritikan Mamat terhadap kepercayaan masyarakat terhadap cerita dalam Internet) walaupun ia ditokok tambah.

Malah secara menarik, cerita dan budaya luar menjadi "pengaruh pertama" bagi masyarakat Melayu pascamerdeka. Kita diperlihatkan bagaimana budaya Kampung Pisang yang suka menggunakan istilah Inggeris (yang kadang-kala salah), menyanyi lagu luar (ada Latin dan Inggeris!), lebih mengenali NANG NAK daripada hantu kita, dan pelbagai lagi "anasir luar". Aku suka dengan sebuah babak yang aku rasa disengaja tampak "palsu" oleh Mamat, iaitu babak Sofi Jikan sebagai bomoh menyatakan dia ke Mesir melawan mumi. Jika penonton boleh kaitkan, mereka akan tersedar akan "pembohongan" yang dilakukan oleh pembikin filem Indonesia yang memberi kita cerita-cerita latar Mesir "yang menipu" (filem Ketika Cinta Bertasbih mempunyai bulan CGI yang amat menipu), tetapi penipuan yang dilakukan ini diterima dengan baik oleh masyarakat kita (kerana selalu menganggap, yang dari luar semuanya bagus). Di sinilah Mamat menyindir masyarakat kita yang double standard, terkena betul-betul dengan batang hidung kita, syabas Mamat!

Ada beberapa detik yang ikonik dan kultus dalam filem ini yang aku puas digarap dan diadakan oleh Mamat dengan indah sekali. Malah semua babak "sindiran" Mamat ini dibikin secara selamba maka penonton tidak akan menyedari diri mereka sedang "dicuit". Lihat sahaja babak nyanyian "Solei" antara Usop dan Ali, ianya amat ikonik dan terlalu sesuai berada di tengah-tengah filem ini (inilah masa Mamat meminta kita menenangkan kepala). Malah babak MTV muzikal yang tiba-tiba antara Hussein dan Cik Nin juga merupakan babak muzik "yang perlu" termuat. Selalunya penonton akan "cringe" bila babak-babak lagu sebegini wujud (to kill time kata mereka). Tetapi Mamat mengambil rujukan homaj filem-filem Melayu lama yang penuh dengan babak sebegini pada tempat, ruang dan masa yang amat tepat. Bagi aku, kesemua babak yang ada dalam filem ini terletak elok pada tempatnya.

Satu lagi penambahbaikan yang dibuat oleh Mamat yang meninggikan prestasi filem ini adalah dengan bulatnya, Mamat mengenali dan mengolah para wataknya dalam bentuk massa yang terjaga dan penuh vibrant. Jika kita tonton Zombi Kampung Pisang, kita akan menyedari chaos massa dan cara tangkapan massa terlalu berpecah dan tidak seimbang. Di sini, Mamat berjaya menentukan setiap watak dan peranan serta fungsinya dalam satu-satu babak, dan kesinambungannya kepada babak lain. Rujuk sahaja babak waktu malam apabila penduduk kampung bergerak ke rumah Kak Limah, atau babak-babak di warung, atau babak di balai, kesemua watak disusun dan diletakkan pada tempatnya yang betul. Felinisque karnival (ensemble cast) Mamat sudah sempurna, malah berjaya mencipta identiti dan acuan Mamat tersendiri, malah inilah filem yang paling sempurna dalam memaparkan ensemble castnya.

Aku juga amat kagum dengan runut bunyi filem ini (juga dibikin oleh Mamat dan seorang kawan) yang begitu terjaga, rasa seram dan sesuai mengikut cerita, ia tidak terlalu slapstik bunyinya dan tidak terlalu hingar, orang kata, just nice untuk atmosfera filem ini.


sumber - sini

p/s-adei memang lawak..penuh ngan sindiran2 yg memang kene paham2 la sendiri...xcaye komer2 kene le g nengok kat panggung..baru le tau....
Continue reading →

Saturday, December 11, 2010

Malaysia vs Vietnam



Salam...
Hmm,ari Rabu depan ade game semi final Malaysia vs Vietnam kat Bukit Jalil....agak2 boleh ke Malaysia menang nih...dengan player yang ade pon banyak kali tuko2,player utame injured...agak susah kalo nak dah ikut situasi macam skang nih...tapi ape2 pon boleh jadi...Malaysia boleh main tapi kene kemas sikit la control ball tu...main senang jangan main susah...ni dapat bola pastu control ball fail dah dapat kat lawan barule nak kejo bagai nak gile..kan penat main camtu...main relek,ikut strategi,taktikal coach..kompem leh menang...lawan Vietnam ni cam repeat final sukan sea taun lepas...kan kite jora...boleh r kalo nak menang tu...hmm..
Keeper
dah ok...Khairul Fahmi memang dah ok main..mantapkan lagi tangkapan,dan fokus pade game...bersuare sikit kat defend.....
Defend
agak goyah...janganla bagi Asra tu main dulu...tgk Faizal pon da ok men mase lawan Laos tu...Muslim pon kene keje keras lagi sikit....marking bagi ketat sikit...Mahali dah ok dah...banyakkan larian2 overlap,bantu tengah...Sabree Abu pon main lebih kurang Mahali..keras,lasak...teruskan momentum...fokus jangan selalu leka...sefahaman sikit...mase lawan Indon ari tu memang hancur
Tengah
kapten Safiq kene buat lagi banyak hantaran2 kemas...jolok bola cantik2 sikt bagi striker tu..mase ang pass kat Amri time gol kedua lawan Laos tu memang superb....pastu bersuare sikit bagi arahan kat member2...Amar Rohidan,kreatif sikit kat tengah...main bukak,jangan bagi bola tinggi je,ade peluang through pass cantik2...S.Kunalan..macha,lu memang laju...tapi control sikit elok2 tu...slalu tengok kalau lu ilang bola,lu kejar punye laju...tapi xdapat balik..kan letih tu...tapi lu memang bagus..cume kemaskan sikit hantaran...Amirulhadi,player ni rajin...bantu striker depan sebab ang boleh buat gol..tinggi pon ok,jangan lepaskan peluang kalo dapat bola header...
Striker
Norshahrul,ang memang hebat,penuh dengan skill...jarang player Malaysia ade skill mcm ang,skill bawak bola kat garisan penjuru gol tu memang power la...jangan lepaskan peluang yang ade...depan gol pon jangan fancy2 sangat..dapat peluang clean shoot je terus...Safee,mane rembatan power ang dulu...buktikan lawan Vietnam ni ang boleh...dapat je peluang jangan tunggu lagi...rembat je...kalo xboleh passing Shahrol..macam ang buat time gol first lawan Indon ari tu..

ape2 pon Malaysia boleh...yang penting jangan buat salah sendiri....bagi gol mudah2 je...main senang...ikut taktikal...kompem leh menang...
Continue reading →

Rocker Kampung



salam....
hehe tadi saje belek2 gambo lame2 sekali terjumpe gambo nih...cam menarik gak gambo ni...tangkap time taun 2 dulu time dok kkd...haha...pinjam rambut palsu ade dak cine ghomah teman..die ade masuk belakon rasenye time tu...nak ade rambut camni memang idak le sampei bile2 kot...tu yang try pakei tengok masuk ke idak ngan rambut panjang ni....tapi macam masuk gak...hahah...ganas2...

p/a-mcm tarzen pon ade...haha
Continue reading →

Monday, December 6, 2010

Selamat menyambut Maal Hijrah 1432

~~''satu muharam detik permulaan,perkiraan tahun islam hijrah,perpindahan nabi dan umat islam,dari kota mekah ke kota madinah''~~>>teringat nasyid zaman skolah dulu ('',).....semoga kedatangan awal muharam dapat memberikan kita ruang serta hidayah supaya dapat berhijrah dari yg buruk kepada baik....amin..
Continue reading →

Huh lege...tapi,,,

Setel jugak masalah dengan final exam ngan fyp presentation..semuanya sudah berlalu..sangat2 pack jadual sem ni...lepas raya haji ari tu sampai la skarang baru la ringan sikit kepale...lege btol bile lepas present tadi....nasibla tak kene tembak teruk2 sangat...cume banyak soal pasal slide yg xbrape lengkap ngan komen2 pasal projek...so far okla jugak...takdela merah2 muke nak jawab soalan tadi...hehe..panel pon banyak komen2 sebab tengok projek menarik kot...lain dari orang lain....hihi...tapi ni lege kejap je...rabu ni dah start top-up class plak...hmm...ade2 jela BEM ngan EAC ni..kalo nak iktiraf course pon iktiraf la takyahle nak top-up subject dah....adeh...pastu nanti nak tunggu result kluo plak..adeh...bz gle sem ni.....hmm..layan jela......huuu
Continue reading →

Monday, November 22, 2010

Akmal Rizal Sah Berhijrah Ke Perak

Jodoh Akmal Rizal bersama Kelantan tidak panjang apabila beliau memilih untuk beraksi bersama Perak musim depan.

KOTA BHARU – Teka-teki hala tuju penggempur import tempatan Kelantan akhirnya terjawab apabila bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengesahkan bakal beraksi dengan pasukan baru untuk Liga Malaysia musim depan.

Semalam, Akmal Rizal, 29 tahun, mengesahkan akan menyarung jersi pasukan Kejor Yeop Kejor dibawah jurulatih baru musim depan, Norizan Bakar bagi tempoh dua tahun.

“Saya sudah pun menandatangani surat perjanjian untuk beraksi bersama Perak. Begitupun saya masih belum menandatangani kontrak sepenuhnya memandangkan saya perlu menghormati baki kontrak saya bersama Kelantan yang akan tamat hujung bulan ini,” ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

“Walaupun hanya semusim beraksi bersama Kelantan tetapi saya merasa puas kerana dapat membantu Kelantan menjulang Piala Malaysia buat pertama kali. Saya rasa tugas saya membantu Kelantan sudah selesai.

“Apa yang lebih manis, kejayaan memenangi Piala Malaysia merupakan pertama kali bagi saya sepanjang karier bergelar pemain bola sepak dan ianya dilakukan ketika bersama Kelantan musim ini,” katanya.

Ditanya mengenai mengapa beliau memilih ‘angin baru’ untuk mencuba nasib bersama pasukan Perak sedangkan populariti beliau kembali meningkat sejak mewakili Kelantan sepanjang musim ini, Akmal Rizal mempunyai pandangan yang tersendiri disebalik penghijrahan bersama pasukan baru itu.

“Sebelum saya keluar dari Kedah pada tahun pada tahun 2006, saya sudah bercita-cita untuk menyertai pelbagai pasukan. Mungkin tiga atau empat tahun lagi saya bersedia menggantungkan but.

“Berkenaan dengan pilihan bermain dengan Perak, saya melihat daripada pelbagai sudut mengapa saya mengambil keputusan menyertai pasukan tersebut. Saya ingin mencari pengalaman dan cabaran baru bersama pasukan tersebut,” katanya.

Karier bola sepak beliau bermula apabila mewakili kelab Strasborg (Perancis) selama dua tahun pada tahun 1999 sebelum kembali ke tanah air mewakili negeri kelahirannya, Kedah selama empat musim sehingga 2006.

Beliau kemudian berhijrah beraksi bersama Selangor semalam dua musim (2007 hingga 2008) sebelum kembali ke Alor Setar mewakili kelab Kuala Muda NAZA pada tahun 2009.

Sementara itu, usaha mendapatkan pengesahan daripada Hairuddin Omar, pemain yang digembar-gembur akan beraksi dengan Negeri Sembilan musim depan gagal setelah pemain tersebut tidak dapat dihubungi.

p/s-ade lagi 2 org yang dikatakan bertaraf 'bintang' nak main ngan perak...sape la ye...

Continue reading →

Thursday, November 18, 2010

saatnya hampir tiba



diam tak diam minggu depan dah start exam...masih lagi berhempas pulas menyiapkan diri untuk pergi berperang minggu depan...mengharapkan segala bidikan2 peluru tepat menuju ke sasaran..hehe.....gud luck buat semua rakan2 platun E.I (Elektronik Industri) final year, yang akan sama2 berjuang dalam mengharungi,badai,keperitan,kesengsaraan,ke'bluran',insomnia dan segala macam jenis penyakit yang tak diundang bermula minggu depan...semoga kita semua dapat mengharunginya dengan tabah dan tenang...berjuanglah hingga ke titisan dakwat yang terakhir...selamat maju jaya diucapkan....; )

Continue reading →

capikmen. Powered by Blogger.

diri ini...

My photo
Ipoh,Malaysia 14/1/1986 (pure perak) ~kejor yob kejor~
Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2010 coretan teman. All rights reserved.

rss digg delicious facebook