Ulasan:
Perlawanan kedua bagi kumpulan F menemukan pasukan Itali bertemu dengan pasukan New Zealand...separuh masa pertama menyaksikan New Zealand terlebih dahulu mengejutkan kem Itali dengan gol pembukaan pada minit ke 7...gol berpunca daripada sepakan percuma yang diambil oleh pemain New Zealand yang kemudiannya terbias di kaki kapten Itali iaitu Fabio Cannavaro lalu disambar terus oleh S.Smelz yang membolehkan mereka memperoleh gol yang pertama...selepas itu Itali terus menggandakan asakan bertali arus sehingga pada minit ke 29,Itali memperoleh sepakan penalti akibat dari pemain New Zealand yang menarik baju pemain Itali...sepakan diambil oleh V.Iaquinta yang tenang menyepak di sebelah kanan penjuru gol membolehkan Itali menyamakan kedudukan...
separuh masa kedua Itali terus menggandakan asakan tetapi percubaan2 berbahaya mereka dinafikan oleh penjaga gol New Zealand yang kental bertahan...minit ke 82 New Zealand hapir2 menjaringkan gol tetapi bola sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol Itali....sehingga minit2 terakhir New Zealand bejaya mempertahankan kedudukan dan mereka berjaya mengikat juara bertahan dengan keputusan seri 1 -1..ini memberi tamparan hebat pada pasukan2 bintang kerana banyak kejutan yang berlaku pada piala dunia kali ini..untuk makluman Itali berada pada tangga ke-5 kedudukan FIFA manakala New Zealand pula ialah di tangga ke-78...
Statistik:
shots on target : 7 - 1
shots off target : 11 - 2
possession (%) : 57 - 43
corner kicks : 15 - 0
offsides : 1 - 2
fouls : 12 - 20
yellow cards : 0 - 3
red cards : 0 - 0
Related Article:
No comments:
Post a Comment