Ulasan:
Perlawanan yang menyaksikan Jerman turun sebagai pilihan utama menentang Australia yang rata2 dibarisi pemain bintang dengan coachnye Joachim Law berambut ala2 Dr Rozmey Jus Mate 5...Pada separuh masa pertama perlawanan sangat menarik dan dikawal sepenuhnya oleh pasukan Jerman yg mendahului 2-0..gol pertama ialah pada minit ke 8 berpunca dari crossing dari Miroslav Klose yang tepat ke kaki Lucas Podolski yang terus merembat kencang menggunakan kaki kiri menewaskan Mark Shwarzer yang tidak dapat menampan kemas rembatan beliau....gol kedua pula dijaringkan oleh Miroslav Klose yang membuat free header yang sangat berani dan menarik berpunca dari crossing oleh kapten Jerman iaitu Philip Lahm...keseluruhan pada separuh masa pertama milik Jerman dan sekurang-kurangnya Jerman boleh menjaringkan lebih dari 2 gol tetapi peluang yang terhidang tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.......
awal babak kedua bermula,Australia dilihat lebih teratur dalam membuat gerakan dan serangan dan sehinggalah pada minit ke 56,Tim Cahil telah dibuang padang akibat terjahan lambat dari belakang...selepas itu Australia seolah2 ditimpa malapetaka besar apabila Jerman berjaya menambah 2 lagi gol menerusi Thomas Muller dan pemain gantian Cacau...dilihat Australia kehilangan punca dan Jerman mengawal bola dari setiap sudut padang dan bermain dengan sangat menarik dan terhibur membuktikan Jerman adalah pasukan yang digeruni dan kelas dunia...permulaan yang baik untuk Jerman melangkah ke pusingan seterusnya dan juga berjaya melakar kemenangan pertama piala dunia 2010 dengan jaringan paling banyak...keputusan penuh Jerman memenangi perlawanan dengan jaringan 4 - 0....
Related Article:
No comments:
Post a Comment