~CoreTaN tEmaN~

Wednesday, June 16, 2010

'Sambaree Samba OO AA'

Brazil 2 - 1 Korea Utara

Ulasan:

Perlawanan yang paling dinanti-nantikan melibatkan 2 pasukan yang mempunyai jurang yang sangat jauh dan juga tidak pernah bertemu selama ini...pasukan Korea Utara yang tidak berapa diketahui kekuatannya rata-rata dibarisi pemain yang tidak dikenali kecuali seorang pemain kelahiran Jepun bernama Jong Tea Se yang digelar Wayne Rooney Asia kerana mukenye yang seakan2 pemain itu...pemain ini juga menangis ketika nyanyian lagu Korea dimainkan,mungkin kerana terlalu gembira akibat sudah lama Korea Utara tidak memasuki pusingan akhir Piala Dunia dan kali terakhir adalah pada tahun 1966 di England....Korea Utara juga pernah menewaskan Itali pada kejohananan tersebut dan ini membuktikan Korea Utara tidak boleh dipandang enteng...
sebaik sahaja permainan dimulakan,Korea Utara terlebih dahulu melakukan serangan menerusi penyerangnya Jong Tae Se yang melakukan rembatan tetapi tersasar....selepas itu perlawanan terus didominasi oleh 'samba brazil' yang bermain dengan sungguh menarik dan pantas....gandingan Maicon dari tepi kemudian mengumpan kepada Kaka dan terus kepada Robinho amat menarik,seringkali mengancam kubu Korea Utara tetapi pertahanan mereka sangat ketnal bertahan...dengan pemain yang dibarisi pemain-pemain kelas dunia,Brazil memang terlalu unggul dalam perlawanan ini...hantaran yang tepat dan skill yang menarik membuktikan lagi kekuatan pasukan terkuat dunia itu...walaupun begitu,serangan sekali sekala Korea kadang kala mengundang bahaya terutama pada ayam tambatan mereka Jung Jae Se...perbezaan fizikal bukanlah penghalang utama kerana pemain Korea rata2 bertubuh lebih kecil dari pemain Brazil....
sehingga pada minit ke 55' Brazil memperoleh gol pertama menerusi pemain sayap kelab Inter Milan iatu Maicon yang merembat terus dari tepi ketika semua pemain menyangka dia akan melakukan cross...penjaga gol korea juga tidak menjaga angle dengan sempurna dan bola terus menerjah ke jaring pasukan Korea...
pada minit ke 72' pula Elano,yang menerima hantaran through pass yang menarik dari Robinho merembat mudah ke gawang Korea dan menjaringkan gol kedua buat Brazil...
ketika perlawanan ingin memasuki masa tambahan Korea Utara berjaya menjaringkan gol sulung menerusi pemain tengah Yun Nam Ji..gol berpunca dari sepakan percuma yang terus menuju ke kaki Jong Tae Se yang kemudian melorongkan bola ke Yun Nam Ji dan terus melakukan rembatan kaki kiri menewaskan penjaga gol Julio Caesar...ini membuktikan Korea juga memiliki kekuatan setelah berjaya untuk menjaringkan gol..
sehingga tamat masa tambahan keptusan masih tidak berubah dan keputusan muktamad Brazil 2 - 1 Korea Utara.....

Related Article:

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 coretan teman. All rights reserved.

rss digg delicious facebook