JOHANNESBURG: Pemain Nigeria, Sani Kaita menerima lebih daripada 1,000 ancaman bunuh melalui e-mel selepas dilayangkan kad merah ketika menentang Greece.Pemain tengah berusia 24 tahun itu dilayangkan kad merah pada minit ke-33 sebelum pasukannya tewas 2-1 kepada Greece dalam perlawanan Kumpulan B, Khamis lalu dengan alamat e-mel pemain itu diletakkan di internet bersama mesej: ‘Lelaki ini mesti mati’.Jurucakap pasukan Nigeria, Peterside Idah mengesahkan Kaita menerima lebih daripada 1,000 ancaman bunuh melalui e-mel.“Kami memandang serius perkara ini dan sudah memaklumkan kepada kerajaan Nigeria dan Fifa,” katanya.Idah berkata, pasukan serta rakan Kaita terkejut dan memohon penyokong negara Afrika menunjukkan sedikit rasa simpati.“Dia seorang pemain muda yang cuba melakukan yang terbaik demi pasukan serta negaranya,” katanya.Kaita yang bermain di Russia bersama kelab Alaniya tenang mengenai ancaman diterimanya.“Saya tidak risau mengenai ancaman itu kerana hanya tuhan yang menentukan siapa hidup dan siapa mati. Semua orang mempunyai nasib berbeza di dunia ini.“Saya bangga menjadi sebahagian daripada pasukan ini dan berharap kami dapat pergi lebih jauh dan saya akan kembali bersama pasukan,” kata Kaita yang menjadi sebahagian daripada pasukan memenangi pingat perak apabila muncul naib juara acara bola sepak Sukan Olimpik Beijing.Ketika pihak keselamatan di hotel pasukan Nigeria masih belum ditambah, Idah menyifatkan pasukan itu berpuas hati dengan apa disediakan.“Ramai anggota keselamatan ditugaskan. Langkah teliti juga diambil Fifa,” katanya Kaita diarahkan keluar padang selepas menendang pemain Greece, Vasileos Torosidis dan digantung daripada perlawanan terakhir kumpulan menentang Korea Selatan, awal pagi esok.Nigeria mesti menang bagi menghidupkan peluang tipis mereka untuk melangkah ke pusingan kalah mati selepas tewas dua perlawanan sebelum ini.
ps-teringat player Colombia Andres Escobar yang mati ditembak sebab menjaringkan gol sendiri mase World Cup 1994....
Related Article:
No comments:
Post a Comment