JOHANNESBURG: Juara baru bakal dimahkota di Piala Dunia apabila Sepanyol bertemu Belanda di final, awal pagi Isnin ini, perlawanan yang berpotensi menjadi pertarungan klasik.
SAMA...Sneijder (kiri) dan Villa terikat sebagai penjaring terbanyak dengan lima gol setakat ini.
Bagaimanapun, begitu juga Belanda yang memiliki penyerang, pemain sayap dan tengah yang berupaya menembusi sebarang benteng lawan. Final Piala Dunia pertama di Afrika pasti dikenang andai kedua-dua pasukan menampilkan persembahan terbaik di Soccer City.
Walaupun sesetengah daripada pemain bintang itu tampak seperti kurang cergas dan tidak menampilkan persembahan sebenar pada aksi peringkat kumpulan, Sepanyol mempamer persembahan terbaik ketika menjinakkan Jerman, 1-0 di separuh akhir. Persembahan mereka mirip pasukan yang menjuarai Kejohanan Eropah dua tahun lalu.
“Kami membuktikan boleh pergi jauh di kejohanan besar,” kata penyerang David Villa yang terikat dengan pemain Belanda, Wesley Sneijder sebagai penjaring terbanyak setakat ini, dengan lima gol.
“Kami sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol tapi satu daripada (Carles) Puyol meletakkan kami di final. Ini adalah saat sejarah terhebat bola sepak Sepanyol dan kini kami mahu mencatatkan lebih banyak sejarah di final.” Juara Eropah itu akan berdepan Belanda yang kadang kala menampilkan persembahan menarik tetapi mempunyai tabiat untuk gagal menyerlah apabila diperlukan.
Belanda juga pernah merangkul takhta Eropah pada 1988 dan final ini perlawanan akhir Piala Dunia pertama mereka sejak 1978, ketika tewas kepada Argentina di Buenos Aires.
“Kejayaan mara ke final selepas 32 tahun amat menakjubkan. Perasaan seronok itu timbul pada penghujung perlawanan ketika saya duduk di bangku pemain. Tapi, kami tidak boleh berhenti setakat ini saja. Kami masih mempunyai satu lagi perlawanan,” kata jurulatih Bert van Marwijk.
Beliau berusaha mengetepikan kemungkinan mereka kaku pada perlawanan terpenting itu. Belanda tewas di final 1974 dan ’78 ketika mereka memiliki pasukan terbaik dan sejak itu kerap terkandas di separuh akhir Piala Dunia dan Kejohanan Eropah.
“Kami tewas final 1974 ketika kami sepatutnya menang. Kami mempunyai generasi unik ketika itu dan Johan Cruyff pemain terbaik pernah saya saksikan. Apa yang kami sudah buat dua tahun lalu, adalah mencuba dan mengikis perasaan terlalu yakin dan berasa terlalu selesa,” kata van Marwijk lagi.
Belanda menang enam perlawanan Piala Dunia berturut-turut selepas menang semua lapan perlawanan kelayakan. Van Marwijk yakin beliau memiliki pemain pasukan yang membantu satu sama lain dengan pemain penyerang membantu pertahanan apabila mereka kehilangan bola.
Related Article:
No comments:
Post a Comment