~CoreTaN tEmaN~

Sunday, July 11, 2010

World Cup 2010

Harap ehsan Del Bosque

JOHANNESBURG: Fernando Torres merayu kepada pengurus Sepanyol, Vicente Del Bosque supaya membenarkannya turun selaku kesebelasan utama pada perlawanan akhir awal pagi esok.

pix_middle

Torres diketepikan untuk perlawanan separuh akhir dan Del Bosque dijangka tidak akan mengubah senarai pemain yang diturunkan di peringkat itu untuk bertemu Belanda.


Pemain berusia 26 tahun itu dilanda kecederaan lutut yang menyaksikan dia terlepas aksi di hujung kempen Liga Perdana Inggeris.


Tetapi dia pergi menemui Del Bosque di hotel penginapan pemain di Potchefstroom malam kelmarin dan meminta jurulatih itu mengenang kembali sumbangannya ketika perlawanan akhir Euro 2008.


Sumber dalaman skuad Sepanyol berkata: “Fernando pergi menemui Del Bosque kerana bimbang dia akan diketepikan. Dia memberitahu Del Bosque bahawa dia terdesak untuk bermain dan tidak akan mengecewakan pengurus itu.

“Sudah tentu Fernando sedar bahawa keputusan akhir adalah di tangan Del Bosque tetapi dia mahu mempengaruhi pengurus supaya tidak mengetepikannya.” Ketika Del Bosque berada dalam dilema untuk memilih pemain yang bakal membawa pulang gelaran selaku juara dunia, impiannya itu didorong pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal yang berkata: “Sepanyol sedang berada di depan dalam semua sukan dan itulah yang sepatutnya kami lakukan.


“Kami juara dunia dalam acara bola keranjang dan motosikal menerusi Julian Simon. Kini terserah kepada kami untuk menjulang gelaran dalam acara bola sepak pula.” - Agensi

sumber harian metro



Related Article:

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 coretan teman. All rights reserved.

rss digg delicious facebook