PENAMPILAN bertudungnya dalam drama bersiri Tudung Ekspres mendapat pujian peminat. Mereka mengatakan wajahnya sesuai sangat bertudung dan nampak lebih ayu hingga mencadangkan alangkah baiknya kalau terus tampil begitu.
LISA...tidak kekok bertudung.
Pujian diluahkan melalui facebook (fb) dan twitter itu sedikit sebanyak membuatkan Lisa Surihani Mohamed, 24, berfikir panjang seketika, tetapi apabila difikir kembali, Lisa secara jujur mengakui buat masa ini dia belum bersedia berbuat demikian.
Katanya, dia perlu memikirkan sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan kerana tidak mahu bertudung hanya dalam tempoh singkat dan kembali kepada penampilan asal.
"Sebenarnya saya pernah meluahkan hasrat untuk bertudung dengan ayah ketika belajar dalam tingkatan empat dulu.
"Ketika itu ayah saya tanya, apakah saya benar-benar sudah bersedia. Katanya, dia tidak mahu saya bertudung kerana terikut-ikut dengan kawan-kawan di sekolah.
"Apabila saya fikir semula, memang saya tidak bersedia ketika itu. Saya juga ada kawan yang memakai tudung. Apabila saya tanya mengapa dia bertudung, jawapannya kerana sudah mendapat hidayah.
"Bagaimanapun, apabila bertemu semula setahun selepas itu, saya terkejut kerana tudung mereka sudah hilang. Saya pun bertanya kenapa. Ternyata dia tidak bersedia ketika itu.
"Saya bukan hendak melawan hukum agama tetapi saya tidak mahu jadi hipokrit. Kejap buka kejap tutup. Itu lebih memalukan. Apabila saya sudah benar-benar bersedia, Insya-Allah saya akan pakai nanti," katanya.
Kata Lisa, sebenarnya ini kali kedua dia bertudung dalam drama selepas Ayah Kita pada 2004, tetapi mengakui ketika itu mungkin tidak ramai yang perasan kemunculannya kerana dia belum popular.
"Saya juga tidak janggal bertudung kerana turut memakainya pada majlis tertentu. Ibu saya juga bertudung selepas pulang menunaikan fardu haji," ujarnya.
Lisa yang mula dikenali selepas berganding dengan Farid Kamil dalam I'm Not Single pada 2008, mula berlakon dalam drama Gergas di TV1, diikuti Ayah Kita pada 2004.
Malah, filem pertamanya adalah Goodbye Boys arahan Bernard Chauly pada 2006.
Kini, Lisa mampu berbangga sebagai pelakon pelapis yang mendapat perhatian produser dan pengarah. Apatah lagi kerjaya seninya diuruskan MIG Talent Sdn Bhd dan Lisa juga pernah menjadi Wajah Eksklusif Astro selama setahun.
Gadis kelahiran Kuala Lumpur dan berdarah Melayu jati (ibu dan bapa Melayu Bugis) ini bukan hanya bersandarkan wajah cantik untuk menarik perhatian produser dan peminat, malah memiliki pakej lengkap kerana ada bakat dan juga pencapaian akademik membanggakan dalam jurusan undang-undang dari Help University College dan Aberyswyth University di Wales.
Lisa membuktikan bakatnya dalam lakonan apabila menang Pelakon Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21). Selepas I'm Not Single, Lisa terus mendapat perhatian melalui Jangan Pandang Belakang Congkak, V3: Samseng Jalanan, Zoo, Semerah Cinta Stilleto dan Lagenda Budak Setan.
Lebih penting, anak perempuan tunggal dalam keluarga lima beradik ini pandai menjaga diri dan tidak terjebak dengan kancah kontroversi yang menjadi mainan dunia hiburan yang penuh glamor ini.
Kata Lisa, paras rupa yang dikatakan cantik adalah anugerah Tuhan dan dia sangat mensyukuri kurniaan itu.
Katanya, dia berterima kasih dengan ibu ayahnya, Allahyarham Mohamed Mahbob dan Siti Amira Ahmad kerana menghantarnya belajar hingga ke peringkat tinggi.
Lisa juga mahu mengikut jejak ayahnya dalam bidang undang-undang.
"Semua itu atas nasihat ayah yang begitu mementingkan ilmu pengetahuan. Bagi ayah, diri kita ibarat 'sponge' yang sentiasa bersedia untuk menyerap sebanyak mungkin ilmu pengetahuan.
"Saya masih dalam proses belajar dan berusaha memperbaiki mutu lakonan dari semasa ke semasa.
"Saya bangga kerana berpeluang bekerja dengan pengarah Osman Ali dalam filem Ombak Rindu. Ditambah pula berganding dengan pelakon berpengalaman seperti Maya Karin dan Aaron Aziz. Walaupun hanya watak pembantu, peluang ini ibarat pucuk dicita ulam mendatang.
"Sememangnya saya menanti peluang bekerja dengan Osman Ali sejak sekian lama kerana sangat mengagumi karyanya selepas menonton Anak Halal.
"Ketika itu saya baru kembali ke tanah air selepas tamat belajar di England dan Farid cadangkan saya mesti tonton filem itu.
"Selepas menontonnya, saya kagum dan memasang impian suatu hari nanti mahu bekerja dengannya. Ternyata peluang itu saya dapat melalui Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashaari. Ini kali kedua saya menjayakan filem adaptasi novel selepas Lagenda Budak Setan karya Ahadiat Akasyah.
"Dalam Ombak Rindu, saya pegang watak Mila, kawan baik Izzah lakonan Maya. Wataknya memang mencabar kerana tidak pernah saya bawa sebelum ini. Wataknya boleh dikatakan antagonis dan boleh juga protagonis. Ia antara watak hitam dan putih. Sebagai persediaan menjiwai watak, saya juga membaca novelnya," katanya.
Kata Lisa, Osman seorang pengarah yang teliti dan sanggup ulang penggambaran selagi pelakon tidak dapat memberikan penghayatan sebagaimana diinginkan.
Selepas mempertaruhkan Zoo dan Lagenda Budak Setan, Lisa kini menanti tayangan Jangan Pandang Belakang Congkak 2 pada 7 Oktober manakala filem baru, 354 Nafas arahan Azhari Zain dijangka memulakan penggambaran selepas Aidilfitri ini.
Mengenai sambutan Syawal, Lisa yang sentiasa ditemani ibunya mengakui ini kali kedua mereka sekeluarga beraya tanpa ayah yang meninggal dunia sebulan selepas Syawal pada 2008.
Katanya, sedih sangat kerana setiap tahun ayahnya yang lebih beriya-iya membuat persiapan raya.
"Apa yang mampu dilakukan, banyak sedekahkan al-fatihah dan berdoa semoga arwah ayah ditempatkan di sisi orang beriman," katanya.
PROFIL
NAMA SEBENAR: Lisa Surihani Mohamed
TARIKH LAHIR: 23 Mac 1986
TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur
AYAH: Allahyarham Mohamed Mahbob
IBU: Siti Amira Ahmad
KELUARGA: Anak keempat daripada lima beradik
KERJAYA: Model, pelakon
FILEM: Goodbye Boys (2006), I'm Not Single, Jangan Pandang Belakang Congkak, V3: Samseng Jalanan, Semerah Cinta Stilleto, Lagenda Budak Setan
DRAMA: Obsesi, 3 Janda, Seputih Salju, Adamaya, Mertua Vs Menantu 2, Kapowww! Atoi The Ajaib Boy, Tudung Ekspres
Penghargaan: Pelakon Harapan Terbaik FFM21
sumber-harian metro
p/s-peeewiitt..lisaaaa.....alamak lari..ade orang marah..zaasss...haha
Related Article:
3 comments:
fuhh dasar pminat lisa btl la ko ni..
aku pn sme...hik2
bg aku, artis2 ni biarla dorg camni dlu. dugaan kuat 2, 2yg klu pkai tdg pn kjap2 je...
zassss??urm~~layann kan ajerk la~~(=,=)~~
fira-tula...nak pakai tudung pakai tol2..jgn pakai sekerat2..bek xyah pakai
cahaya mata-layannnnnn
Post a Comment