KOTA BHARU – Teka-teki hala tuju penggempur import tempatan Kelantan akhirnya terjawab apabila bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mengesahkan bakal beraksi dengan pasukan baru untuk Liga Malaysia musim depan.
Semalam, Akmal Rizal, 29 tahun, mengesahkan akan menyarung jersi pasukan Kejor Yeop Kejor dibawah jurulatih baru musim depan, Norizan Bakar bagi tempoh dua tahun.
“Saya sudah pun menandatangani surat perjanjian untuk beraksi bersama Perak. Begitupun saya masih belum menandatangani kontrak sepenuhnya memandangkan saya perlu menghormati baki kontrak saya bersama Kelantan yang akan tamat hujung bulan ini,” ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
“Walaupun hanya semusim beraksi bersama Kelantan tetapi saya merasa puas kerana dapat membantu Kelantan menjulang Piala Malaysia buat pertama kali. Saya rasa tugas saya membantu Kelantan sudah selesai.
“Apa yang lebih manis, kejayaan memenangi Piala Malaysia merupakan pertama kali bagi saya sepanjang karier bergelar pemain bola sepak dan ianya dilakukan ketika bersama Kelantan musim ini,” katanya.
Ditanya mengenai mengapa beliau memilih ‘angin baru’ untuk mencuba nasib bersama pasukan Perak sedangkan populariti beliau kembali meningkat sejak mewakili Kelantan sepanjang musim ini, Akmal Rizal mempunyai pandangan yang tersendiri disebalik penghijrahan bersama pasukan baru itu.
“Sebelum saya keluar dari Kedah pada tahun pada tahun 2006, saya sudah bercita-cita untuk menyertai pelbagai pasukan. Mungkin tiga atau empat tahun lagi saya bersedia menggantungkan but.
“Berkenaan dengan pilihan bermain dengan Perak, saya melihat daripada pelbagai sudut mengapa saya mengambil keputusan menyertai pasukan tersebut. Saya ingin mencari pengalaman dan cabaran baru bersama pasukan tersebut,” katanya.
Karier bola sepak beliau bermula apabila mewakili kelab Strasborg (Perancis) selama dua tahun pada tahun 1999 sebelum kembali ke tanah air mewakili negeri kelahirannya, Kedah selama empat musim sehingga 2006.
Beliau kemudian berhijrah beraksi bersama Selangor semalam dua musim (2007 hingga 2008) sebelum kembali ke Alor Setar mewakili kelab Kuala Muda NAZA pada tahun 2009.
Sementara itu, usaha mendapatkan pengesahan daripada Hairuddin Omar, pemain yang digembar-gembur akan beraksi dengan Negeri Sembilan musim depan gagal setelah pemain tersebut tidak dapat dihubungi.
p/s-ade lagi 2 org yang dikatakan bertaraf 'bintang' nak main ngan perak...sape la ye...
Related Article:
1 comment:
jln2 smbil follow...
Latest Entry:
http://danieldeadie.blogspot.com/2010/11/berjimba-di-kota-keriangan.html
Post a Comment