~CoreTaN tEmaN~

Tuesday, November 16, 2010

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha


salam,
tahun ni agak spesel dari tahun2 sebelumye sebab beraye di perlis...kononnye nak study sebab final minggu depan kan...sekali sampai2 je demam yang separa teruk...skang ni ok sikit dah..alhamdulillah...makan ubat ape semua,100 plus sebotol okla jugak...di kesempatan ini teman nak mengucapkan selamat hari raya aidiladha dan renungkanlah apekah pengorbanan yang anda dah lakukan selama berasa di dunia ini....

Aidiladha merupakan perayaan yang dirayakan umat Islam di seluruh dunia. Ia merupakan sambutan terbesar dan teristimewa dalam agama Islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada 10, 11. 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, ia diikuti dengan solat sunat Aidiladha, khutbah pada pagi 10 Zulhjjah dan kemudian dilangsungkan ibadah korban yang boleh dilakukan pada siang 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

“Sesungguhnya kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (terhadap musuh), kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta buah-buahan (hasil tanaman), sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka berkata, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali. “Mereka itu ialah orang yang dilimpahi dengan mendapat selawat (keampunan) daripada tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang yang mendapat hidayahNya.”

(Al-Baqarah:155-157)

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar Walillahilham,

Kedatangan bulan Zulhijjah bersama kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri mestilah di gunakan sebaiknya oleh umat Islam terutamanya dengan berpuasa sunat hari ‘arafah’ bagi kita yang tidak mengerjakan Haji di samping melaungkan takbir bermula pagi 9 Zulhijjah hingga berakhirnya hari ‘tasyrik’ iaitu hari ke 13 Zulhijjah. Kalimah takbir yang dilaungkan bukan satu kalimah yang kosong, sebaliknya ia mampu menyuntik semangat juang dalam menghadapi pelbagai cabaran dan ujian hidup yang sememangnya terpaksa kita hadapi sebelum di iktiraf tahap keimanan dan ketundukan kita terhadap Allah. Aidiladha itu sendiri membawa maksud hari raya korban, di mana sepanjang hari raya sehingga berakhirnya hari tasyrik, maka kita di sunatkan untuk melakukan ibadah korban. Ini adalah bagi memupuk semangat sanggup berkorban apa sahaja untuk meninggikan agama serta menghilangkan rasa terlalu sayang pada harta kesenangan dunia. Tanpa didikan dan asuhan agama dalam hal berkorban ini, maka agak sukar bagi kita untuk melakukan pengorbanan yang lebih besar terutamanya dalam meninggikan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Apabila menyebut tentang pengorbanan, maka ia biasanya di dahului dengan ujian atau cabaran yang menimpa seseorang. Jika ia seorang yang beriman, maka ujian itu bertujuan untuk menguji tahap kesabaran dan keimanannya kepada Allah sehingga dia mampu lahir sebagai hamba Allah yang sentiasa redha dengan apa yang berlaku. Ujian yang menimpa umat yang kufur kepada Allah pula antara lain bertujuan agar dia kembali beriman dan seterusnya bertaubat daripada kekufuran sehingga dia kembali menjadi hamba Allah yang diredhai atau dia bertambah kufur dengan apa yang menimpanya, sehingga dia menjadi umat yang rugi di dunia dan di akhirat.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar Walillahilham.

Related Article:

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 coretan teman. All rights reserved.

rss digg delicious facebook