~CoreTaN tEmaN~

Tuesday, June 22, 2010

10 fakta menarik tentang Argentina


1-Lionel Messi mempunyai berat kurang dari 63kg walaupun gemar memakan roti panjang,keju dan sos tomato.

2-Jurulatih,Diego Maradona yang dikatakan agak gila-gila tetapi jujur,menggunakan 72 pemain sepanjang 15 perlawanan pertama dikendalikannya.

3-Walaupun bergelar menantu Diego Maradona,pemain penyerang,Sergio Aguiero berkata dia tidak pernah bercakap mengenai bolasepak ketika berkumpul bersama keluarga.

4-Ibu Carlos Teves baru berusia 15 tahun ketika ia dilahirkan di kawasan pinggir Buenos Aires.

5-Maradona yang memuji aksi Argentina ketika kempen kelayakan berkata 'bagi mereka yang tidak percaya bahawa Argentina boleh layak ke pusingan akhir,mereka terpaksa menerima hakikat itu.

6-Juan Sebastian Veron yang kembali menjadi tonggak perancang Argentina selepas Riquelme menarik diri akibat berselisih faham dengan Maradona,digelar dengan nama La Bruijita(ahli sihir cilik).Messi pula digelar La Pulga Atomica(kutu yang hebat) manakala Javier Mascherano pula El Jefecito (pemerintah cilik)

7-Bekas bintang,Fernando Redondo terlepas kempen pusingan akhir 1998 kerana enggan mematuhi arahan jurulatihnya supaya memotong rambut.

8-Penyerang,Martin Palermo adalah wira Argentina selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-93 ketika bertemu Peru di kempen kelayakan.Tetapi El Loco (orang gila) gelaran yang diberikan padanya tetap dikenang ramai orang kerana kegagalannya menyempurnakan tiga sepakan penalti ketika perlawanan 4 Julai 1999.Cubaan pertamanya terkena palang,cubaan kedua terkena palang manakala cubaan ketiga pula diselamatkan penjaga gol ketika pasukan kebangsaan itu tewas 3-0 kepada Colombia ketika saingan Copa Amerika.

9-Palermo turut diingati ramai kerana aksi gilanya ketika menyambut jaringan pada perlawanan Villareal menentang Levante pada Piala Sepanyol 2001.Dia berlari ke arah peminat lalu memanjat pagar dan melambai ke arah kelompok peminat Villareal tetapi pagar itu runtuh dan menyebabkan El-Loco terpaksa dihantar ke hospital akibat patah pergelangan kaki.

10-Maradona membuktikan bahawa beliau memang seorang yang gila-gila apabila cuba melantik bekas rakan sepasukan,Oscar Ruggeri sebagai pembantunya.Karier kejurulatihan Ruggeri didapati langsung tidak menarik apabila melepaskan jawatan selaku jurulatih Texos Uag di Mexico (akibat kalah enam perlawanan pertama) serta dipecat dari kelab Sepanyol Elche manakala tugasnya bersama kelab Argentina,Idependiente hanya bertahan selama empat bulan kerana tidak tahan di boo oleh peminat sendiri.Tugasnya bersama San Lorenzo juga tidak bertahan lama apabila dipecat setelah anak buahnya dibelasah 7-1 oleh Boca Juniors.Bagaimanapun pelantikan Ruggeri tidak diterima FA Argentina

Related Article:

4 comments:

speckurosaklagi said...

dont cry for me argentina

Mr Hafiz Syafiq said...

hehe...

iamzulfadli said...

Argentina bbro. sama ngan gua

Blogwalking here from http://ohserius.blogspot.com/

Mr Hafiz Syafiq said...

caya r...go argentina!!

Post a Comment

 
Copyright 2010 coretan teman. All rights reserved.

rss digg delicious facebook