Greece 0 - 2 Argentina
Ulasan:
Argentina membuka laluan dengan penuh bergaya apabila layak untuk memasuki pusingan 16 pasukan apabila berjaya mengalahkan Greece dengan keputusan 2-0.Argentina merehatkan 2 pemain berbahaya mereka iaitu Carlos Tevez dan Higuain digantikan dengan Sergio Aguero dan G.Milito...Lionel Messi telah diberi kepercayaan untuk menjadi kapten pasukan dan beliau telah bermain dengan cukup baik pada malam ini...pada awal permainan Argentina dilihat lebih menguasai permainan dengan beberapa percubaan berbahaya dan dengan gandingan Messi dan Veron yang berjaya mengemudi kawasan tengah dengan baik...separuh masa pertama tiada gol dapat dihasilkan...
pada separuh masa kedua Argentina terus melakukan asakan bertali arus dan Messi beberapa kali membuat percubaan berbahaya dan rembatan derasnya,tetapi dinafikan oleh tiang gol...sehingga pada minit ke 77,pemain pertahanan M.Demichels berjaya menjaringkan gol pertama akibat dari sepakan sudut yang diambil oleh Messi melantun ke badan salah seorang pemain dan beliau terus merembat kencang ke gawang pasukan Greece...tidak banyak yang ingin diperkatakan oleh pasukan Greece yang hanya bermain dengan hantaran2 jauh dan mempunyai seorang sahaja penyerang...ketika perlawanan seakan-akan berakhir,pada minit ke 89,penyerang veteran.Martin Palermo berjaya menyumbat gol kedua yang berpunca dari larian deras Messi yang merembat kencang,ditepis oleh penjaga gol,lalu bola muntah terus dirembat oleh Martin Palermo dan ini menjadikan kemenangan hatrik buat Argentina yang tidak pernah tewas pada ketiga-tiga perlawanan...malang buat Messi yang bersungguh2 mahu menjaringkan gol tetapi mungkin belum masanya lagi....tahniah Argentina...
Statistik:
shots on target : 3 - 9
shots off target : 2 - 3
possession (%) : 33 - 67
corner kicks : 1 - 10
offsides : 0 - 2
fouls : 14 - 7
yellow cards : 1 - 1
red cards : 0 - 0
Nigeria 2 - 2 Korea Selatan
(12'K. Uche) (38'J. Lee)
(69'A. Yakubu(pen.) (49'C. Park)
Statistik:
shots on target : 3 - 8
shots off target : 8 - 7
possession (%) : 47 - 53
corner kicks : 1 - 7
offsides : 1 - 2
fouls : 23 - 12
yellow cards : 3 - 1
red cards : 0 - 0
Related Article:
No comments:
Post a Comment