~CoreTaN tEmaN~

Wednesday, June 23, 2010

lagi fakta piala dunia

  • tiga juta tiket dikeluarkan bagi 64 perlawanan yang diadakan di stadium sfrika selatan.
  • brazil adalah pasukan paling prolifik dalam sejarah piala dunia dengan (201)gol diikuti jerman (190),itali (122) dan argentina (113).rekod brazil pada piala dunia amat mengkagumkan,dengan 92 perlawanan pada 18 kejohanan medan menghasilkan 64 kemenangan dan purata 2.2 mata bagi setiap perlawanan.
  • piala dunia amerika syarikat 1994 mencatat rekod kehadiran penonton keseluruhan tertinggi setakat ini.sejumlah 3,587,538 penonton menyaksikan 52 perlawanan pada kejohanan itu-purata 68,991 bagi setiap perlawanan.
  • bola sepak kali pertama disiarkan secara langsung oleh BBC bagi perlawanan akhir piala FA inggeris 1938.ia mengambil masa 16 tahun untuk piala dunia disiarkan secara langsung pada piala dunia 1954.
  • lima pengadil dicadangkan bagi setiap perlawanan piala dunia fifa berikutan kontroversi tangan Thierry Henry ketika menentang Ireland.bagaimanapun cadangan itu ditolak fifa.
  • pada 1978,perancis menjadi satu-satunya pasukan yang menggunakan jersi lain,bukan jersi mereka sendiri.perancis tiba di mardel plata untuk bermain dengan hungary dan mendapati kedua2 mereka menggunakan jersi putih.kedua2 mereka tidak mempunyai jersi lain dan perancis pantas meminjam jersi belang hijau milik kelab tempatan,atletico kimberly.
  • kad merah dan kuning tidak diperkenalkan hingga 1970,walaupun amaran dan perintah buang padang pernah disenaraikan dalam laporan terdahulu,pemain pertama dibuang padang adalah pemain peru,placido gellando ketika menentang romania pada 1930.


Related Article:

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 coretan teman. All rights reserved.

rss digg delicious facebook