~CoreTaN tEmaN~

Saturday, July 17, 2010

World Cup 2026..........Malaysia????


Datuk Wira Mazlan Ahmad


KUALA LUMPUR – Cadangan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk Malaysia menganjurkan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2026 bersama Indonesia, kelmarin mengundang pro dan kontra.

Ada yang bersetuju, tidak kurang juga yang memperlekehkan cadangan tersebut.

Persoalannya, adakah cadangan tersebut rasional atau tidak?

Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Wira Mazlan Ahmad yang ditanya mengenai cadangan itu, tidak mahu mengulas banyak. Cuma beliau mahu berkongsi pengalaman yang sangat menarik untuk dinilai bersama.

Menurutnya, beliau masih ingat kata-kata bekas Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Juan Antonio Samaranch kepada bekas Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika delegasi Malaysia berkunjung ke ibu pejabat IOC di Laussane, Switzerland pada November, 1998 untuk membuat bidaan tuan rumah Sukan Olimpik 2008.

Katanya, Samaranch tidak terus menolak bidaan Malaysia, sebaliknya meninggalkan kata-kata yang cukup bermakna: “Saya tidak menafikan Malaysia mempunyai fasiliti dan kemampuan untuk menjadi penganjur Sukan Olimpik jika diberi peluang tetapi soalan saya, adakah Malaysia memiliki atlet yang mampu memberikan pingat emas?

“Saya tidak bercakap tentang seorang atlet tetapi sekumpulan atlet yang bagus untuk menghadiahkan pingat kepada negara anda kerana bagi IOC kriteria penting yang diambil kira sebelum menyerahkan hak tuan rumah kepada sesebuah negara adalah sekuat manakah atlet mereka.”

Menurut Mazlan, kata-kata Samaranch itu meninggalkan Muhyiddin terdiam seketika. Akhirnya, Malaysia gagal berada dalam senarai pendek lima calon akhir tuan rumah dan bandar raya Beijing dipilih sebagai tuan rumah Temasya 2008.

Mazlan ketika ditanya apakah realistik untuk Malaysia menawarkan diri sebagai tuan rumah Piala Dunia 16 tahun dari sekarang kerana tempoh berkenaan dilihat masih jauh ke hadapan dan pelbagai program pembangunan boleh dilakukan untuk membentuk sebuah pasukan mantap, Mazlan berkata, penilaian ke atas Malaysia bukan dibuat 16 tahun dari sekarang tetapi pada hari ketika kita mengemukakan bidaan.

“Kalau kita hendak membida Piala Dunia 2026, bermakna bidaan kena dilakukan kira-kira 12 tahun lebih awal mungkin pada 2014.

Persoalannya, apakah kita sudah memiliki sebuah pasukan yang baik pada hari kita melakukan bidaan?

“Orang tidak menilai kita pada hari kejohanan berlangsung, orang akan menilai (untuk membuat pemilihan) pada hari kita membuat bidaan. Mampukah Malaysia memiliki sebuah pasukan yang baik empat tahun dari sekarang? Persoalan itu perlu dijawab dahulu sebelum kita memikirkan perkara lain,’’ ujar Mazlan lagi.

Kata Mazlan, biarpun OIC dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) adalah dua badan berbeza, namun beliau percaya, kedua-duanya mempunyai prinsip yang sama, menilai keupayaan skuad yang dimiliki negara pembida sebelum mempertimbangkan bidaan mereka.

Sementara itu jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata, keutamaan Malaysia ketika ini sepatutnya adalah memantapkan kedudukan skuad bola sepak kebangsaan untuk menjadi pasukan disegani di rantau Asia, sebelum memikirkan perkara yang lebih besar.

Kata Irfan, Malaysia hanya akan menjadi ‘bahan gelak’ andai hasrat berkenaan diteruskan ketika negara ini sendiri masih belum mampu muncul juara di rantau sendiri.

“Dalam tempoh terdekat ini, lupakanlah dulu hasrat untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia. Biarlah kalau Indonesia atau Thailand hendak jadi tuan rumah, kita usah terikut-ikut mereka. Walaupun kita bercakap tentang 16 tahun dari sekarang tetapi dengan mutu bola sepak kita sekarang, saya rasa 16 tahun itu tidak lama.

“Saya tidak mempertikaikan fasiliti yang ada di negara ini, kita punya banyak gelanggang bertaraf antarabangsa tetapi persoalannya, atas kapasiti apakah yang melayakkan Malaysia menjadi tuan rumah, sedangkan cabaran kita di peringkat Asia sendiri masih terumbang ambing,’’ katanya.

Sumber-Utusan Malaysia

p/s-kahkahkahkah......wat lawak r...bagi menang Piala Asia dulu la....



Related Article:

2 comments:

Unknown said...

Malaysia patut invest sedikit unutk memasukkan pemain2 luar tak kira dari mana pun yang sudah berpengaruh, untuk dijadikan ikutan pemain kita, itu saya rasa akan dapat memberi sedikit im[ak yang cepat sepertia yang dilakukan oleh Jepun dan Korea dulu.

Satu lagi ,
salah seorang pemain malaysia , pro atau tidak pergi join club antarabangsa , duduk di(negara)sana, biar ada seorang pemain malaysia didalam team antarabangsa pon dah cukup unutk membawa aura kita..ini perlu berkorban lebih sikit

Mr Hafiz Syafiq said...

betul2 setuju...bawakla player2 luar contoh yang main
import liga super macam Keita Mandjou ke jadi player
malaysia...tapi jangan ramai sangat..3,4 orang pon dah cukup..
buat macam singapore..ni untuk jangkamasa pendek la nak
bagi malaysia ni ade confident sket nak bersaing kan..
kalau harap skuad macam skarang ni memang payah la nak
fight ngan team2 world class...

Post a Comment

 
Copyright 2010 coretan teman. All rights reserved.

rss digg delicious facebook