~CoreTaN tEmaN~

Monday, June 28, 2010

10 menarik Jerman


1. Penjaga gol, Hans-Jorg Butt dikenali kerana mampu melakukan sepakan penalti. Dia berjaya menyempurnakan salah satu daripadanya untuk Bayern Munich dalam satu perlawanan penting menentang Schalke 04 pada April 2004. Ketika meraikan jaringan itu dengan sangat gembira, dia tiba-tiba terus meluru ke posisinya namun tidak dapat menyelamatkan jaringan Mike Hanke hasil sepakan jauh dilakukan penjaga gol Shalke.

2. Hadir pada sesi sidang media selepas tewas pada final Euro 2008, ucapan awal Bastian Schweinsteiger terganggu seketika apabila semua pemain Sepanyol menari conga di hadapannya.

3. Michael Ballack yang menerima gaji lebih RM622,500 seminggu, pernah berkata rumah di London terlalu mahal apabila dia dipaksa untuk menyewa di kawasan bandar di Wimbledon Village.

4. Mesut Ozil yang dilahirkan di Gelsenkirchen tetapi berketurunan Turki, membaca ayat suci al-Quran sebelum bermulanya perlawanan.

5. Phillip Lahm, berkata bekas rakan sepasukannya di Bayern Munich, Owen Hargreaves sentiasa menjadi individu terakhir yang meninggalkan bilik persalinan kerana dia menghabiskan masa selama beberapa jam untuk mendandan rambut kerintingnya.

6. Lucas Podolski membayar denda sebanyak RM23,900 dan mengaku bersalah kerana bersikap "bodoh" selepas menampar Michael Ballack ketika mencatatkan kemenangan pada perlawanan pusingan kelayakan ke atas Wales April tahun lalu apabila pemain tengah Chelsea itu menjerit kepadanya kerana tersalah menghantar bola.

7. Dalam satu perlawanan persahabatan di Wembley tahun lalu, lensa kamera berjaya merakam aksi jurulatih Jerman, Joachim Loew yang menggosok ketiak sebelum mencium tangannya itu. Dia juga pernah dirakam menyentuh hidung sebelum mengunyah sesuatu ketika perlawanan peringkat kelayakan menentang Wales.

8. Pembantu Loew ialah Herr Flick - Hans Dieter Flick tetapi dikenali oleh rakyat Jerman dengan nama Hansi. Nama gelaran Loew ialah Jogi.

9. Kevin Kuranyi disingkirkan oleh Loew walaupun mempamerkan aksi menakjubkan apabila berjaya menjaringkan 20 gol semusim untuk Schalke 04. Jurulatih itu berkata, penyingkiran ke atas pemain itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan insiden pada 2008 di mana pemain itu mengambil tindakan mengemas barangnya dan kembali ke rumah setelah menyedari tidak diturunkan pada perlawanan penting peringkat kelayakan menentang Russia. Dia mengambil tindakan itu pada separuh masa pertama perlawanan.

10. Pele meramalkan Jerman akan menampilkan aksi buruk pada kejohanan kali ini. Jadi, berdasarkan ramalannya yang sering tidak tepat sebelum ini - termasuk meramalkan Colombia akan memenangi Piala Dunia 1994, Nick Barmby akan menjadi pemain bintang dan Perancis serta Argentina bakal melangkah ke final pada 2002 sebelum kedua-duanya tersingkir pada peringkat kumpulan - Jerman mungkin bakal memenangi Piala Dunia kali ini.

p/s-xsangka ozil ni muslim......bagusla die ni.......

Related Article:

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 coretan teman. All rights reserved.

rss digg delicious facebook