~CoreTaN tEmaN~

Wednesday, June 30, 2010

Berakhirnya harapan asia....

Paraguay * 0 - 0 Japan

*Paraguay menang penalti 5-3

Ulasan:

Akhirnya berakhirlah impian negara Asia dalam kejohanan Piala Dunia kali ni apabila mereka tewas dalam perlawanan yang penuh dramatik yang menyaksikan perlawanan terpaksa ditentukan hingga sepakan penalti...Jepun yang digelar 'Blue Samurai' hanya meletakkan seorang penyerang iaitu Honda dan dilihat mereka bermain dengan corak bertahan dan menyerang....Paraguay kerap menyerang kubu pasukan Jepun yang diketuai oleh penyerang sensasi mereka iaitu Roque Santa Cruz yang dilihat begitu berhempas pulas mencari gol...kubu Jepun begitu kental mengekang asakan Paraguay...
Jepun yang sebelum ini banyak menghasilkan gol menerusi sepakan percuma,kerap kali mendatangkan ancaman menerusi set piece yang menarik dan sepakan Endo dilihat sangat menarik dan inilah kelebihan Jepun yang mana mereka mempunyai pakar sepakan percuma...
sepanjang 90 minit perlawanan kedua-dua pasukan tampak sukar menembusi gawang lawan yang mana terpaksa dilanjutkan sehingga ke masa tambahan selama 30 minit...
Jepun sepatutnya boleh berpesta apabila peluang yang sangat baik pada lewat babak kedua masa tambahan tidak dapat disempurnakan dan perlawanan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti dan merupakan penentuan penalti pertama di kejohanan ini...
kesudahannya Jepun terpaksa menerima kekalahan 'bermaruah' mereka apabila sepakan Komano terkena palang dan Paraguay berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 5-3....

P/S-keciwe :(

Related Article:

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 coretan teman. All rights reserved.

rss digg delicious facebook