~CoreTaN tEmaN~

Wednesday, June 30, 2010

Pafa lantik Abdullah


NAIB Presiden, Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd Hashiim (gambar) dilantik Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) dalam mesyuarat majlis persatuan itu di Ipoh, kelmarin.
Sebelas daripada 14 ahli majlis yang hadir mesyuarat bertujuan memulihkan Pafa berikutan peletakan jawatan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta beberapa pegawai lain pada 14 Jun lalu, memilih Abdullah Hishan sebagai pemangku jawatan itu.

Abdullah Hishan yang juga Yang Dipertua Persatuan Bola Sepak Daerah Taiping akan memangku jawatan itu sehingga Pafa mengadakan kongres tahunan 2010 tidak lama lagi.

Naib Presiden 2, Khairuddin Ahmad yang kini memikul jawatan Pemangku Timbalan Presiden selain turut diberi tugas selaku pengurus pasukan skuad Liga Super Perak bagi mengharungi baki kempen Liga M musim ini.

Khairuddin yang juga ahli majlis Pafa paling lama serta pernah menjadi pengurus skuad Piala Malaysia 1985 ketika Pafa diterajui Menteri Besar ketika itu, Tan Seri Ramli Ngah Talib menggantikan Norazli Musa yang turut meletak jawatan.

Begitupun majlis Pafa mengekalkan khidmat jurulatih, Raja Azlan Shah Raja Shuib kerana masih mempunyai kontrak dengan pasukan.

“Biarlah Raja Azlan teruskan usaha dan kerjanya sebagai pengendali. Kita akan membantunya dengan apa cara termampu bagi memastikan Perak layak ke Piala Malaysia serta kekal dalam Liga Super musim depan,” kata Khairuddin ketika dihubungi.

p/s-dah dapat jawatan tu buatle elok2 ye..jangan cakap je kencang....

Related Article:

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 coretan teman. All rights reserved.

rss digg delicious facebook