~CoreTaN tEmaN~

Monday, June 28, 2010

Pelakon komedi S Shamsudin cedera jatuh katil

Pelakon komedi terkenal filem Melayu S Shamsudin cedera di tulang pinggul setelah terjatuh dari katil sewaktu tidur di rumah anaknya di Singapura pagi semalam.

Beliau dihantar ke sebuah hospital di republik itu selepas kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 3 pagi Ahad, kata anaknya Noredah Shamsudin kepada Bernama hari ini.

Noredah berkata beliau perlu memaklumkan mengenai perkara itu kerana keluarganya menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang mendapat khabar angin bahawa bapanya telah meninggal dunia.

"Ayah saya mengalami retak di tulang pinggul, dan kini doktor sedang membuat pemeriksaan ke atasnya," katanya yang kesal dan sedih dengan khabar angin itu.

Shamsudin, 81 (kanan sekali), adalah seniman komedi seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Allahyarham A R Tompel dan Datuk Aziz Satar, dan terkenal dalam filem siri 'Bujang Lapok'.

Sabtu lepas, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menziarah Shamsudin yang uzur di rumah anak bongsunya di flat di Bukit Batok di republik itu.

Semasa kunjungan Rais, Shamsudin kelihatan kurus dan kurang bermaya, dan menurut isteri Shamsudin, Puteh Esmoon, suaminya demam sejak tiga hari lepas.

Dalam pertemuan dengan Rais, Shamsudin banyak mendiamkan diri dan hanya menjawab sepatah dua apabila ditanya Rais mengenai perkembangan dirinya.

Noredah berkata sikap ayahnya kini sudah berubah daripada seorang yang periang dan suka bercakap tanpa henti apabila berjumpa dengan seseorang kepada seorang yang amat pendiam.

Noredah berharap orang ramai mendoakan agar bapanya cepat sembuh kerana keluarganya bimbang Shamsudin mungkin akan sukar berjalan lagi selepas kejadian ini.

- Bernama

p/s-moge beliau cepat sembuh...lawak tengok scene die mase berlakon cite pendekar bujang lapok...sile klik sini dan juge sini
pastu kat seniman bujang lapok ade gak,klik sini



Related Article:

2 comments:

aNiS tHe BumbleBee said...

sedihnyaaa...harap2 beliau cepatlah sembuh...

Mr Hafiz Syafiq said...

tu la...tinggal die dgn pak aziz sattar je yg blakon dalam bujang lapok...

Post a Comment

 
Copyright 2010 coretan teman. All rights reserved.

rss digg delicious facebook