~CoreTaN tEmaN~

Wednesday, July 14, 2010

Politeknik Ungku Omar hebat

KOK LANAS: Pasukan Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak, muncul juara Pertandingan Robot Soccer Peringkat Kebangsaan selepas menewaskan 21 pasukan dari seluruh negara di Politeknik Kota Bharu, di sini, semalam. Pasukan itu dibarisi Syed Azlan Syed Shaharon, 20, Muhammad Rafizi Muhammad Rashid, 19, dan Mohamad Ilham Mazlan, 20, membawa pulang piala iringan, pingat serta sijil penyertaan.

Dengan kawasan padang seluas 220 sentimeter (sm) x 180sm, kecekapan mereka mengatur cara program membawa kepada kejayaan menewaskan pasukan Politeknik Seberang Jaya, Pulau Pinang 3-0 dalam perlawanan akhir pertandingan anjuran Persekutuan Persatuan Robot Soccer Antarabangsa.

Tempat ketiga dimenangi Politeknik Port Dickson.

P/S-Caya r PUO....PUO the best.....hehe



Related Article:

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 coretan teman. All rights reserved.

rss digg delicious facebook