~CoreTaN tEmaN~

Wednesday, July 7, 2010

Separuh akhir pertama..Uruguay vs Belanda

Uruguay 2 - 3 Holland

Ulasan:

Perlawanan yang melibatkan wakil tunggal dari Benua Amerika iaitu Uruguay yang akan bertemu dengan wakil Eropah iaitu Belanda....permainan yang cantik disajikan pada separuh masa pertama dimana kedua-dua pasukan saling berbalas2 serangan dan dimana Uruguay kerap kali melakukan serangan menggunakan sayap kanan manakala Belanda pula menggunakan corak serangan total football mereka merangka serangan dari kiri ke kanan....sehingga pada minit ke 18,Belanda membuka jaringan sulung melalui kapten mereka iaitu G.v. Bronckhorst yang melakukan rembatan silang kaki kiri yang sangat menarik dan jarak lebih kurang 30 meter dari pintu gol...jaringan ini juga boleh dikatakan jaringan tercantik sepanjang kejohanan ini...selepas itu,permainan menjadi seimbang dengan Uruguay mempersembahkan gaya latin mereka....gol penyamaan yang dicari hadir pada minit ke 41 apabila Diego Forlan yang juga kapten Uruguay berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan tengah yang melencong terus ke gawang Belanda..tamat separuh masa pertama kedudukan 1-1
Separuh masa kedua menyaksikan pasukan Belanda berjaya mendominasi permainan dengan hantaran2 tepat Sneider dan larian2 pantas Robben yang kerap kali mengancam kubu Uruguay...Uruguay seolah2 hiang punca dan tidak mampu untuk menyerap segala tekanan yang diberikan Belanda..minit ke 70 Sneider berjaya menjaringkan gol dengan rembatan leret dan terbias sedikit di kaki Van Persie yang dilihat seakan2 dalam kedudukan offsaid...minit ke 73 pula Robben menambah duka Uruguay dengan tandukan padu di sebelah kanan pintu gol...dengan keputusan seakan2 3-1,pada minit ke 90,Uruguay berjaya mmengurangkan defisit gol dengan set piece menarik dan Uruguay dilihat berhempas pulas dengan masa yang tinggal 2 minit tetapi agak terlewat bagi mereka...sehingga tamat babak kedua,keputusan penuh Belanda menang 3-2...Belanda akan menentang samada Jerman atau Sepanyol yang akan bertarung pada esok pagi.....

Statistik:

shots on target : 6 - 6
shots off target : 3 - 4
possession (%) : 46 - 54
corner kicks : 4 - 5
offsides : 4 - 5
fouls : 13 - 16
yellow cards : 2 - 3
red cards : 0 - 0

Related Article:

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 coretan teman. All rights reserved.

rss digg delicious facebook