~CoreTaN tEmaN~

Monday, September 27, 2010

Perlis muncul juara Piala Agong 2010

KANGAR - Perlis muncul juara Piala Agong 2010 selepas menumpaskan juara bertahan Johor 4-0 pada perlawanan bolasepak pembuka tirai Kejohanan Piala Emas Raja-Raja di Stadium Utama Negeri, di sini, malam semalam.

Perlis, selaku juara bertahan kejohanan itu, menghasilkan kesemua gol pada babak kedua perlawanan menerusi Romdhizat Jamian pada minit ke-56, Wan Khairul Faiz (64,89) dan Mohd Ikmal Faiz pada minit ke-90.

Perlawanan tersebut, anjuran Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), menjadi perlawanan pembuka tirai bagi saingan edisi ke-70 Piala Emas Raja-Raja yang bermula 5 November ini.

Kejohanan musim ini menyaksikan 16 pasukan bersaing di empat venue utama iaitu Kangar, Kota Baharu, Ipoh dan UiTM Shah Alam. - Bernama

Kumpulan:

A (KANGAR): Perlis, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang

B (KOTA BAHARU): Kelantan, Johor, Angkatan Tentera Malaysia, Pulau Pinang.

C: (IPOH): Perak, Kedah, Selangor, Melaka

D (SHAH ALAM): Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM), Terengganu, Singapura dan Polis.

p/s-teman nengok game ni...perlis memang hebat...player sume staf UniMAP je pon...hehe...



Related Article:

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 coretan teman. All rights reserved.

rss digg delicious facebook