~CoreTaN tEmaN~

Thursday, July 8, 2010

Rooney paling hodoh Cannavaro tampan...



KUALA LUMPUR – Kapten pasukan Itali, Fabio Cannavaro diundi sebagai pemain paling tampan dalam Piala Dunia yang sedang berlangsung di Afrika Selatan, menurut laman web www.BeautifulPeople.com.

Sebaliknya, pemain paling hodoh dalam Piala Dunia 2010 ialah pemain dari pasukan yang sudah terkeluar daripada persaingan iaitu Wayne Rooney dari England.

Greg Hodge, pengarah Urusan BeautifulPeople.com dalam kenyataannya berkata bahawa pemain paling tampan menurut undian anggotanya ialah Cannavaro, 36, diikuti dua pemain pasukan Sepanyol, Fernando Torres dan David Villa.

Pemain termahal di dunia Cristiano Ronaldo pula menduduki tempat kelapan di belakang pemain Brazil, Kaka.

“Ayam tambatan pasukan Amerika Syarikat, Landon Donovan yang menangis selepas berjaya membantu pasukannya menang dalam kumpulannya, diundi menduduki tempat keempat paling tampan,” katanya.

Laman web temu janji www.BeautifulPeople.com, yang mendakwa ia merupakan komuniti ‘orang paling menarik’ terbesar dalam dunia siber dengan keanggotaan terhad, berkata setakat ini lebih 200,000 anggota telah mengundi.

Pasukan yang mempunyai pemain tampan ialah Sepanyol, Itali, Brazil, Perancis, Denmark dan Amerika Syarikat; kesemua pasukan mempunyai sekurang-kurangnya seorang pemain tampan dan jumlah paling sedikit pemain tidak menarik.

Menurut laman web itu, pasukan yang mempunyai paling banyak pemain tidak menarik ialah Switzerland, Australia, England, Serbia, Korea Utara dan Algeria.

“Secara kolektifnya, pasukan dengan barisan pemain paling tidak menarik ialah Algeria. Diekori England yang diketuai pemain paling tidak menarik di planet, Wayne Rooney,” kata Hodge.

Beliau berkata, pemain pasukan England mempunyai isteri dan teman wanita yang sangat cantik, namun semua itu disebabkan wang dalam akaun mereka yang menjadikan mereka lebih menarik.

Penjaga gol David James merupakan pemain tunggal England yang dikategorikan sebagai cukup tampan bagi laman web itu. – Bernama

p/s-ade rupe shrek sket kan Rooney ni..haha

Related Article:

2 comments:

Fira hilwa said...

bhahahaha jht ko ckp muka rooney sme ngn muka shrek *tp de la ckit...kah3*

Mr Hafiz Syafiq said...

hahaha...ha tula..ade sket kan...

Post a Comment

 
Copyright 2010 coretan teman. All rights reserved.

rss digg delicious facebook