~CoreTaN tEmaN~

Sunday, August 8, 2010

Unimap diiktiraf

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berpuas hati dengan pencapaian Universiti Malaysia Perlis (Unimap) selepas diiktiraf sebagai antara universiti ‘sangat baik’ oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Turut berangkat, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Laillatul Shareen Akashah Khalil selaku Pro Canselor Unimap.


Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Naib Canselor Unimap, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin.


Tuanku Syed Faizuddin turut berkenan menganugerahkan ijazah kepada 1,176 graduan yang menamatkan sesi pengajian tahun ini, termasuk tujuh graduan menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) manakala 30 menerima Ijazah Sains Kejuruteraan.

Baginda bertitah, Unimap kini berusaha mendapatkan pengiktirafan daripada sebuah badan antarabangsa Washington Accord (WA) bagi program pengajian dianjurkannya bagi memenuhi tuntutan ditetapkan badan dunia itu.

Selain itu, baginda mahu graduan tidak melupakan jasa ibu bapa yang banyak memberi dorongan hingga membolehkan mereka menggenggam segulung ijazah, selain berusaha mencari ilmu serta meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Sementara itu, seorang daripada dua graduan yang menerima Anugerah Emas Diraja, Mohd Abd Hafiz Zakaria, terpaksa bergegas pulang ke kampung halamannya selepas mendapat berita sedih mengenai kematian ibunya, Jaonah Bahari, malam semalam.

sumber-metro online

Related Article:

No comments:

Post a Comment

 
Copyright 2010 coretan teman. All rights reserved.

rss digg delicious facebook